Wednesday, September 2, 2009

Gambar-Gambar Sempena Hari Kanak-kanak

17-Apr-2007

 - Fotopages.com

 - Fotopages.com

Aktiviti Sepanjang Tahun

Sepanjang tahun, automasi e-pustakawan dijalankan untuk menyusun data-data buku yang berada di Pusat Sumber Sekolah.  Tugasan ini diketuai oleh Cikgu Noraziah dan dibantu oleh Cikgu Mihajul

Selain itu, Program Membaca Buku turut diadakan bagi memupuk minat membaca dikalangan Warga Sekolah samada Pelajar dan Staf Sekolah.

Program NILAM (bulan Februari) telah membuahkan hasil dengan pihak sekolah telah berjaya melahirkan Tokoh-Tokoh Nilam sepanjang 2008 dan 2009.  Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dilain masa.

Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dari semasa ke semasa, sesuai dengan situasi, masa dan keadaan.  Antaranya yang telah lepas adalah Sambutan Maulidur Rasul dan Panitia Pendidikan Moral(bulan Mac) , Sambutan Sempena Bulan Kemerdekaan (bulan Ogos), Kempen memakai topeng muka sempena Penularan H1N1, Hari Mesra (bulan Julai), Hari Bestari (bulan Jun), Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009 (bulan April)

Majlis Tazkirah Sempena Ihya Ramadan

Sempena Bulan Ramadan ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Tazkirah untuk Warga Muslim Sekolah di Surau Sekolah semasa waktu rehat setiap hari.  Hari ini, En Azman telah memberikan Tazkirah berkenaan dengan kelebihan-kelebihan amalan di bulan Ramadan.

Majlis Tazkirah sebegini akan diadakan sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak.  Moga-moga kita semua mendapat Rahmat dan Hidayah Nya.

Pengenalan kepada Blogspot Rasmi PSS SKPKJP

03 September 2009 merupakan hari bersejarah kerana Blogspot Rasmi PSS SKPK Jalan Peel telah direkabentuk.

Kepada pelayar-pelayar sekalian, Blogspot ini merupakan rujukan dan tempat berkongsi maklumat berkenaan dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel terutama berkenaan dengan Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti yang terkini boleh dirujuk di sini

untuk sebarang soalan, silalah email ke email rasmi website ini iaitu di pssskpkjp2009@yahoo.co.uk

Salam Perpaduan 1 Malaysia dari Website Admin