Sepanjang tahun, automasi e-pustakawan dijalankan untuk menyusun data-data buku yang berada di Pusat Sumber Sekolah. Tugasan ini diketuai oleh Cikgu Noraziah dan dibantu oleh Cikgu Mihajul
Selain itu, Program Membaca Buku turut diadakan bagi memupuk minat membaca dikalangan Warga Sekolah samada Pelajar dan Staf Sekolah.
Program NILAM (bulan Februari) telah membuahkan hasil dengan pihak sekolah telah berjaya melahirkan Tokoh-Tokoh Nilam sepanjang 2008 dan 2009. Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dilain masa.
Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dari semasa ke semasa, sesuai dengan situasi, masa dan keadaan. Antaranya yang telah lepas adalah Sambutan Maulidur Rasul dan Panitia Pendidikan Moral(bulan Mac) , Sambutan Sempena Bulan Kemerdekaan (bulan Ogos), Kempen memakai topeng muka sempena Penularan H1N1, Hari Mesra (bulan Julai), Hari Bestari (bulan Jun), Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009 (bulan April)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment